Istanbul sekarang...



Kuala Lumpur sekarang...




IRIS... IXORA ...




... novelis yang baru merangkak.
Jika salah boleh betulkan.
Kalau silap harap tunjukkan.
Andai jatuh tolong bangunkan.
Terima kasih atas segalanya.

Emel : irisixora@yahoo.com

Renungan bersama...
Mengkritik tidak bererti menentang
Menyetujui tidak semesti menyokong
Menegur tidak bermakna membenci
Mengasihani tidak bermaksud mencintai...



Bicara Mesra ...
   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


Hasil nukilan...

(2008)
Siapa kata lelaki tidak setia? Siapa menduga pangkat dan darjat bukan ukuran? Malah kasih sayang yang main peranan. Begitulah kasih Dilara terhadap Orhan dan cinta Orhan terhadap Dilara lalu Selat Bosphorus menjadi saksi...

Kasih sayang Orhan terhadap adiknya Ebru yang kurang bernasib baik tidak boleh diputuskan! Sedang Ebru memerlukan perhatian Orhan sepenuh masa, Nesye ditakdirkan hadir dalam hidup mereka. Kasih dan sayang Orhan hanya satu, apa lagi cintanya. Hanya SATU! Mampukah Orhan membelah-bahagikan cinta serta kasih sayangnya antara mereka? Anehnya, Orhan tetap menunggu sehingga cintanya dengan kasih Dilara bersatu...Tapi sampai bila dan bagaimana???

Apakah Dilara, gadis sunti itu sanggup menunggu cinta Orhan sehingga ke akhir hayatnya? Sedang babanya memaksa dia menamatkan zaman gadisnya dengan Umut demi maruah keluarga mereka. Tetapi Farouk tidak boleh berdiam diri. Dia ada hak ke atas Dilara! Biar berkerat rotan berpatah arang, dia tidak akan biarkan Dilara merana!!!

Dilara merenung jauh ke Selat Bosphorus...ribuan camar sedang berterbangan. Baginya hidup ini bagaikan camar-camar itu. Ada yang datang dan ada yang pergi. Bila dan ketika? Hanya masa yang tersurat dan tersirat sejak azali menentukan segalanya… Bersatukah kasih Dilara dengan cinta Orhan? Carilah jawapannya dalam CAMAR YANG PERGI.....

Terbitan Alaf 21
Jum. m/surat : 500
Harga : RM19.90

(2007)
Damai Kasihku mengisahkan perjalanan hidup Sofia yang terumbang ambing setelah kematian mama dan kekasihnya, Kamal. Dia membawa hati ke rumah Jasmin dan Mike di England. Di situ dia diperkenalkan pada Robert yang membungakan seribu satu kisah cinta yang mencabar kalbu dan kekuatan jasmani. Ironinya Natasya menyimpan kehangatan cintanya pada Robert.

Dalam pada itu muncul pula Hisyam yang sudah berumahtangga. Dia disambar oleh cinta pandang pertama setelah bertemu Sofia ketika dia baru tiba di England untuk meneruskan pengajiannya.

Namun Sofia terpaksa pulang ke Kuala Lumpur atas permintaan Dr. Luqman yang sedang sakit. Kepulangannya ke Kuala Lumpur menemukan dia dengan Idham yang membawanya ke Sarawak untuk berjumpa dengan Sopian dan Dayan. Sopian mahu Idham dan Sofia disatukan! Apa kena mengenanya Sopian dalam hidup Sofia? Suka atau tidak segala persiapan perkahwinan sudahpun diatur.

Dalam kekalutan itu, Haikal hadir bagaikan rahmat dalam hidup Sofia. Apakah kesudahannya? Siapakah mereka ini dalam hidup Sofia? Temui mereka dalam DAMAI KASIHKU...

Terbitan Alaf 21
Jum. m/surat : 460
Harga : RM18.00


*********

Favourite Quotes ...

"Hatred paralyzes life; love releases it.
Hatred confuses life; love harmonizes it.
Hatred darkens life; love illuminates it."
~ Martin Luther King, Jr. ~

"Beauty is not in the face;
beauty is a light in the heart ..."
~ Kahlil Gibran ~

"True friends are like diamonds;
they are rare, come in different shapes,
colours and sizes, one thing for sure
they are unique, valuable
and always shine ..."
~ Iris Ixora ~

Suara hatiku....

Bila rindu bertamu
hati kita diragut pilu
kita jadi keliru.

Bila rindu kembali bertamu
kita cari wajah yang dirindu
kita seru nama itu
namun semakin jauh dia berlalu
bersembunyi di sebalik awan kelabu.

Bila rindu terus bertamu
kita jejaki kenangan lalu
kita dendangkan puisi-puisi pilu
Kita nyanyikan lagu lagu sendu
ratap dan tangis datang bertalu.

Biarkanlah rindu itu bertamu
kerana rindu itu kehidupan
rindu itu santapan
rindu itu harapan
rindu itu kekuatan
rindu itu juga kebahagiaan.



My crying soul...

(Specially dedicated to my beloved parents and godparents. Al-Faatihah.)

I woke up…
You have gone
Leaving my heart with thorns
Tearing my soul, I mourn.

My heart bleeds and pleads:
“Oh, Mighty God,
Please do not make me deaf
before I could answer your voices;
Please do not make me dumb
before I could say, ‘yes, I do love you’;
Please do not make me lame
before I could run into your arms;
Please do not make me blind
before I could see into your eyes.”

But...
You have gone,
You have passed on!
And your love stays on.
Day by day
Deeper and deeper
I miss you more than ever
In my crying soul
You live forever.

Click to read my poems on www.poemhunter.com

Favourite song :

May It be by Enya

The song of my heart :

Layu Sebelum Berkembang

My favourite childhood song:

Enjet Enjet Semut


Cahaya hidupku...

Eli, Matt & Ben



Ayu dan Azrul


Daniel Areef, buah hati mamatok



Tiwonerepo Nthala, 13 years old.
Our lovely sponsored child from Kayezi, Malawi since 6 years ago.



Sooty, my sweet darling...

************

Rakan Penulis ....

Aida Adriani
Aisya Sofea
Aleya Aneesa
Anis Ayuni
Ayu Emelda
Bikash Nur Idris
Damya Hanna
Dr HM Tuah
Dhiya Zafira
Diari Alya
Durrah Fatiha
Eka Fahara
Eyman Hykal
Hani Fazuha
Hezzy Azra
Laila Kamilia
Lily Haslina Nasir
Lily Suriani
Liza Zahira
Lynn Dayana
Meen Zulaikha
Mersik
Murni Aqila
Nia Azalea
Rose Harissa
Ryana Adrina
Shanika Latisya
Sri Diah
Umi Azrini
Zara Juita

Berkunjung Mesra ...

A...
Abang Long
Aishah
along79
ayong
C...
cappuccino
crayzeex
CT delima
D...
Dapur Melayu
F...
farahkaltz
faryza
G...
Geng Kicap
Ghiya
H...
Hajar
Harry
Hannan
I...
ieyra
intan
J...
jhazkitaro
K...
Kasih
Kelab Peminat Alaf 21
khairunnisa
kirana
kruel
kuncOp
L...
ladyeena
Lily
Liyana
M...
makchique
mama Danishaqim
masz
mimieloma
MsCinderella
Muzri
N...
nal3sa
Nani
Nekcun
Nonnie
Nur
P...
Pu3 ilya
Q...
Qistina
R...
Reen
Rinn's
rizhan_zinzan
Rya
W...
Web Sutera
Witty Angel
Z...
Ziekiera



Berita Semasa...

Utusan Malaysia
Berita Harian
BBC News
Daily Mail UK






If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



 
Tuesday, November 24, 2009
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA



Sumber : http://www.harirayapuasa.com/

Aidil Adha kembali menjenguk kita lagi.
Moga Aidil Adha kali ini lebih bermakna buat kita semua.

Kupohon sepuluh jari mohon ampun dan maaf
atas kesilapan yang tersisa
dan kesalahan yang tidak sengaja.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

IYI BAYRAMLAR




Posted at 05:19 pm by irisixora
Comments (3)  

 
Sunday, November 22, 2009
Jupo Oghe Kito
Selama ini kami hanya berkenal mesra melalui blog. Sesekali kami bertanya khabar dan meninggalkan jejak di blog masing-masing. Selepas itu lama kami menyepi diri tetapi sesekali masih lagi timbul.

Tetiba aku mendapat tahu yang mereka akan berkunjung ke Istanbul. Gembiranya hatiku tidak terkata. Almaklum bila duduk di negara orang, bila bertemu oghe kito, semua jadi sahabat, jadi kenalan dan jadi keluarga. Begitulah halnya bila aku mendengar teman blogger Dr. Raihan dan suami, bakal Dr Rusdi yang datang bersama bakal Dr. Aishah dan Fadli serta anak-anak mereka yang tinggal di Sheffield, England akan datang ke Istanbul pada minggu lepas.

Pagi-pagi lagi aku sudah bersiap sedia dengan nasi lemak, ikan bilis goreng, telur rebus, sambal tetapi ayam goreng tertinggal sebelum berangkat dek sibuk dengan Sooty....

Aku ditemani oleh Eka dan Maria yang baru sampai dari Jakarta dan kami bertemu di Pintu No. 1 di Grand Bazaar. Mesti beritahu nombor pintu kerana Grand Bazaar ada 22 buah pintu masuk!

Ketika sampai Rusdi sudah pun menunggu sementara Raihan, Aisya dan Fadli pergi membeli belah dalam bazaar.

Seronoknya tidak terkata. Kami berbual seperti sudah bertahun kenal dan tambah mesra bila kami dapat tahu yang kami sebenarnya geng hok buleh make budu...hahaha...

Bergambar dengan Fadli, Aishah dan Dr. Raihan dalam Grand Bazaar...




Setelah menjamu selera sambil menyain CAMAR YANG PERGI...


Posted at 05:53 pm by irisixora
Comments (2)  

 
Wednesday, November 18, 2009
Istanbul'a Tekrar Hos geldiniz
Hari ini beberapa orang teman baikku berkumpul di rumah Eka (dari Indonesia) untuk menikmati makanan Turki khusus dari Urfa kerana suaminya orang Turki dan berasal dari Urfa di bahagian Asia Turki.

Waduuuh, aku seakan tidak percaya yang Eka boleh masak masakan Turki dengan begitu enak kerana selalunya jika dijemput makan ke rumahnya, dia menjamu kami dengan masakan Indonesia tetapi hari ini katanya kepadaku, "Istanbul'a tekrar hosh geldiniz," yang bermaksud 'Selamat kembali ke Istanbul.' Katanya lagi mungkin aku sudah rindukan masakan Istanbul jadi mereka berpakat untuk menyediakan masakan Turki ... Alhamdulillah.

Terima kasih yang tidak terhingga ya Eka kerana bersusah payah masakkan untuk kami. Terima kasih juga pada Elif yang menyediakan dolma, Evi dengan icli kofte, Nenny dan Sha dengan borek. Mereka ini semuanya bersuamikan Mr. Mr. Turkish yang handsem. Juga terima kasih buat Sheri dan Sha yang menjemputku dari rumah.

Yang pasti masakan 'Turkish Homemade' ini jauh lebih lezzet. Elina saglik, begitu ucapan orang Turki bila masakan itu dihasilkan oleh tangan sendiri yang bermaksud moga tanganmu beroleh keberkatan.

Bersama Eka (tuan rumah) yang manis dan pandai masak...


Tuan rumah memberi penerangan tentang makanan yang dihidang...


Dolma yang disediakan oleh Elif...


Borek daripada Sha dan Nenny...


Buah tin kering, biskut dan kekacang sebagai selingan...


Main dish...hmmm kofte ayam istimewa dari tuan rumah...


Dan kofte daging...


Ini icli kofte oleh Evi...


Dolma ini daripada tuan rumah...


Tidak lengkap tanpa pemanis mulut...sejenis borek manis...

Hmmm... enaknya makan, Elif di sebelah pun sudah tak nampak...


Selesai acara makan, apalagi ... acara sengih di hadapan kamera..hehehe...


Aku sudahpun membawa pulang beberapa jenis resipi dari Dapur Turki untuk dicuba di Malaysia nanti...Tapi entah jadi entahkan tidak...kalau tak jadi terpaksalah aku terbangkan Chef Eka...:))

Posted at 04:19 pm by irisixora
Comments (4)  

 
Thursday, November 12, 2009
Hujan emas di negaraku...
Semalam aku selamat kembali ke bumi Istanbul. Alhamdulillah. Cuaca cerah bercampur angin dingin menyambut 'kepulangan'ku...tetiba rasa ada sesuatu yang istimewa tentang Istanbul...barangkali kerana di sini adanya Sooty dan orang yang masih rindukan aku. Sungguh benar kata orang; minta pada yang ada dan rindu pada yang sayang.

Aku menjenguk kembali hari-hari semalam yang baru aku tinggalkan. Banyaknya yang aku lakukan dan banyak juga yang tidak sempat aku bereskan. Aduh, masa begitu pantas berlalu. Namun terasa bahagia kerana aku diberiNYA kesempatan untuk melaksanakan tugasanku sebaik mungkin mengikut kemampuan yang ada.

Antara yang sempat aku lakukan sewaktu pulang ke tanahair tercinta...

  • Ke Tanah Perkuburan Masjid Tandop, Alor Setar, Kedah; tempat arwah ibu yang membesarkan aku disemadikan...Al-Fatihah.





  • Berhari-raya bersama sanak-saudara di kampung.





  • Berkunjung ke Cameron Highlands dengan famili.









    Percutian dengan famili di Langkawi...





  • Sempat juga menyambut harijadi puteriku Elly...



  • Melawat Underwater World di Langkawi...









  • Open House dan demo masak oleh Chef Norzailina Nordin di kediaman indah Anis Ayuni. (Terima kasih Anis atas jemputan) ...







  • Re-union dengan KAMILIANS di FRIM. Tahniah Sdr Emlee dan AJK kerana berjaya menyatukan kami setelah lebih 30 tahun berpisah...







  • Bermesraan dengan tetamu di Teratak Ixora...



























  • Bersantai dengan Ayu dan Daniel Areef (buah hati Mamatok)...



  • Last but not least...An exquisite taste of tomyam at Kelantan Delights Restaurant at 1-5, Sooka Sentral (Next to KL Central) just few hours before flying back to Istanbul. Hmmm yummmy...
    Buktinya??? This is before...



    ... and this is after...



    Gambar kenangan bersama Sdr Juhaidi Yean Abdullah (berdiri di sebelah kanan) - pengusaha Kelantan Delights yang sentiasa ceria menyambut tetamunya; di sebelah kiri Sdr. Mohd Nor Azizi; Pengasas Yayasan Al-Ijabah dan Pembantu beliau, Sdr Adnan yang kebetulan turut sama menikmati juadah di Kelantan Delights...



  • Kepada mereka yang belum rasa tomyam spesial yang dimasak dalam kelapa muda ini, silalah ke Restaurant Kelantan Delights atau layari Kelantan Delights untuk mengetahui 'the happenings' di sana...

    Buat mereka yang sudi mengetuk rumahku yang bersarang selama ini terima kasih yang tidak terhingga.

    Kepada rakan-rakan penulis yang terus sukses dengan karya-karya terbaru, tahniah dan mohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk mewar-warkannya di sini. Moga kita semua terus berjaya...

    Kepada semua saudara mara, sahabat-handai jauh dan dekat, lama dan baru; jasa kalian tetapku kenang dan mohon ampun serta maaf atas segala kesilapan dan keterlanjuran.

    Biarpun ada orang berkata; hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri tetapi bagiku hujan emas tetap di negeriku!!!

    Posted at 08:15 am by irisixora
    Comments (4)  

     
    Saturday, September 12, 2009
    Ampun dan Maaf dipinta...
    Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua yang menyambut Hari Raya Aidil Fitri. 'Iyi bayramlar,' kata orang Turki. Di sini mereka tidak panggil Aidil Fitri tapi Syeker Bayram, bermaksud Hari Raya Manisan/Gula-gula. Jadi kalau di supermarket, rata-rata kita boleh lihat timbunan kotak-kotak coklat dan berguni-guni gula-gula yang mengandungi pelbagai rupa, warna, bentuk dan rasa. Mereka akan beli dan simpan banyak-banyak di rumah untuk diberikan kepada sahabat-handai dan kanak-kanak yang datang berhari raya atau ketika mereka pergi berkunjugan.

    Buat semua, terimalah kad raya Kak Iris untuk tahun ini ...


    sumber: http://supermarkie.deviantart.com/art/Hari-Raya-Card-Design-24010667

    Ini kad raya dari temanku, Mimieloma...terima kasih Mimie.



    Posted at 01:28 pm by irisixora
    Comments (2)  

     
    Thursday, September 10, 2009
    Gerimis Rindu
    Jutaan tahniah buat teman penulis Meen Zulaikha yang baru saja melahirkan novel ketiga beliau bertajuk Gerimis Rindu...



    Sinopsis:

    AILANI dibesarkan oleh neneknya dengan penuh kemanjaan dan kemewahan. Apa sahaja yang diingini akan dipenuhi. Akibatnya, dia menjadi liar dan gemar berlumba kereta haram. Tragedi bermula apabila Ailani terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan neneknya terbunuh. Seluruh keluarga menyalahkannya atas kejadian itu. Pertelingkahan ini menyebabkan Ailani menjadi pelarian.

    Atas desakan hidup, dia menjadi pemandu teksi limousin airport. Biarpun jiwa mudanya memberontak, namun semuanya terpaksa dilakukan untuk menyara diri. Konfl ik terus berlaku bila Ailani menjadi pemandu peribadi Dato’ Rahim. Dia rasa terhina dengan sikap dingin dan sinikal Fatimi, anak lelaki tokoh korporat itu.

    Di mata Fatimi pula, gadis ego seperti Ailani hanya berniat untuk mengikis kekayaan ayahnya dengan terbongkarnya rahsia sekeping cek. Dia makin rasa tercabar bila gadis itu dilantik pula sebagai pembantu khas ayahnya. Bagi Fatimi, Ailani mesti dihalang. Lalu dia merencanakan sesuatu. Ailani pula sudah bersedia untuk menghadapi tindakan Fatimi. Kini, barulah bertemu buku dengan ruas!

    Buat peminat novel, selamat membaca dan untuk Meen Zulaikha, moga terus sukses

    Posted at 02:10 pm by irisixora
    Comments (2)  

     
    Tuesday, September 01, 2009
    SPICE BAZAAR
    Baru-baru ini aku berkesempatan ke Spice Bazaar untuk mencari buah tangan yang boleh kubawa pulang nanti. Spice Bazaar terletak berhampiran dengan pengkalan Eminonu dan juga Masjid Baru, di Istanbul. Bagi orang Turki, bazaar ini dikenali sebagai Eyptian Bazaar. Melalui lorong-lorong kecil yang terdapat di bahagian belakang bazaar ini, kita boleh tembus ke Grand Bazaar.

    Perbezaan ketara antara Spice Bazaar dengan Grand Bazaar ialah barang-barang yang sama di Grand Bazaar lebih mahal harganya berbanding dengan di Spice Bazaar. Grand Bazaar juga lebih luas, besar, 'grand' dan menjadi tumpuan para pelancong asing manakala Spice Bazaar merupakan tempat untuk para penduduk tempatan berurusniaga bagi keperluan harian mereka.

    Setiap kali jika ada tetamu luar negeri datang, aku pasti membawa mereka ke kedua-dua bazaar ini. Malah aku sendiri pun seronok jika ada kesempatan untuk ke sana. Selalunya aku akan menaiki tram dari Kabatas ke Eminonu. Lebih mudah dan lancar perjalanannya. Kali ini aku sempat merakamkan beberapa keping gambar sewaktu ke Spice Bazaar.

    Inilah antara gambar-gambar tersebut....


    Restoran terapung di pengkalan Eminonu yang menyediakan makanan laut.

    Bahagian hadapan Masjid Baru di Eminonu


    Pemandangan dalam bazaar...




























    Posted at 06:23 pm by irisixora
    Comments (10)  

     
    Sunday, August 30, 2009
    Berkibarlah Jalur Gemilangku



    Hip hip hore
    hip hip horee
    hip hip horeee....
    Dengan megah jalur gemilangku berkibar
    Berkibar dan teruslah berkibar dengan gahnya
    Biar namamu terus dijulang di mata dunia.

    Hip hip hore
    hip hip horee
    hip hip horeee....
    Jalur gemilangku tidak henti berkibar
    Lambang negaraku terus makmur
    Terus indah di persada dunia.

    Hip hip hore
    hip hip horee
    hip hip horeee....
    MERDEKA! MERDEKAA!! MERDEKAAA!
    Aku bertepuk megah
    Semegah jalur gemilangku berkibar
    Kerana aku bernaung di bawah kibaranmu.


    SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA.
    TANAHAIRKU TERCINTA
    Posted at 05:15 pm by irisixora
    Make a comment  

     
    Thursday, August 27, 2009
    PUISI CINTA - Kahlil Gibran
    CINTA yang AGUNG adalah
    Ketika kau menitiskan air mata
    dan MASIH peduli terhadapnya.
    Ketika dia tidak mempedulikanmu
    tetapi kamu MASIH
    menunggunya dengan setia..
    Ketika dia mulai mencintai orang lain
    tetapi kamu MASIH bisa tersenyum dan berkata,
    ‘Aku turut berbahagia untukmu.’

    Apabila cinta tidak berhasil…
    BEBASKAN dirimu…
    Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya
    dan terbang ke alam bebas SEMULA ..
    Ingatlah…bahwa kamu mungkin menemukan cinta
    dan kehilangannya.
    Tetapi ketika cinta itu mati
    kamu TIDAK perlu mati bersamanya.

    Orang yang paling kuat
    BUKAN mereka yang selalu menang.
    TETAPI mereka yang tetap teguh ketika
    mereka jatuh.


    Nota: Barangkali puisi ini mampu memberi makna dan kekuatan buat kita dan mereka...

    Posted at 09:20 pm by irisixora
    Comments (5)  

     
    Sunday, August 16, 2009
    Salam Ramadhan Al-Mubarak
    Selamat berpuasa buat semua. Moga kita diberi-NYA kekuatan rohani dan jasmani untuk menjalani ibadah puasa pada bulan yang penuh dengan keberkatan ini.

    Pada semua, Kak Iris mohon berbanyak maaf jika ada salah dan silap...

    Salam manis selalu.

    Posted at 03:03 pm by irisixora
    Comments (4)  

    Next Page