Istanbul sekarang...



Kuala Lumpur sekarang...




IRIS... IXORA ...




... novelis yang baru merangkak.
Jika salah boleh betulkan.
Kalau silap harap tunjukkan.
Andai jatuh tolong bangunkan.
Terima kasih atas segalanya.

Emel : irisixora@yahoo.com

Renungan bersama...
Mengkritik tidak bererti menentang
Menyetujui tidak semesti menyokong
Menegur tidak bermakna membenci
Mengasihani tidak bermaksud mencintai...



Bicara Mesra ...
   

<< August 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31


Hasil nukilan...

(2008)
Siapa kata lelaki tidak setia? Siapa menduga pangkat dan darjat bukan ukuran? Malah kasih sayang yang main peranan. Begitulah kasih Dilara terhadap Orhan dan cinta Orhan terhadap Dilara lalu Selat Bosphorus menjadi saksi...

Kasih sayang Orhan terhadap adiknya Ebru yang kurang bernasib baik tidak boleh diputuskan! Sedang Ebru memerlukan perhatian Orhan sepenuh masa, Nesye ditakdirkan hadir dalam hidup mereka. Kasih dan sayang Orhan hanya satu, apa lagi cintanya. Hanya SATU! Mampukah Orhan membelah-bahagikan cinta serta kasih sayangnya antara mereka? Anehnya, Orhan tetap menunggu sehingga cintanya dengan kasih Dilara bersatu...Tapi sampai bila dan bagaimana???

Apakah Dilara, gadis sunti itu sanggup menunggu cinta Orhan sehingga ke akhir hayatnya? Sedang babanya memaksa dia menamatkan zaman gadisnya dengan Umut demi maruah keluarga mereka. Tetapi Farouk tidak boleh berdiam diri. Dia ada hak ke atas Dilara! Biar berkerat rotan berpatah arang, dia tidak akan biarkan Dilara merana!!!

Dilara merenung jauh ke Selat Bosphorus...ribuan camar sedang berterbangan. Baginya hidup ini bagaikan camar-camar itu. Ada yang datang dan ada yang pergi. Bila dan ketika? Hanya masa yang tersurat dan tersirat sejak azali menentukan segalanya… Bersatukah kasih Dilara dengan cinta Orhan? Carilah jawapannya dalam CAMAR YANG PERGI.....

Terbitan Alaf 21
Jum. m/surat : 500
Harga : RM19.90

(2007)
Damai Kasihku mengisahkan perjalanan hidup Sofia yang terumbang ambing setelah kematian mama dan kekasihnya, Kamal. Dia membawa hati ke rumah Jasmin dan Mike di England. Di situ dia diperkenalkan pada Robert yang membungakan seribu satu kisah cinta yang mencabar kalbu dan kekuatan jasmani. Ironinya Natasya menyimpan kehangatan cintanya pada Robert.

Dalam pada itu muncul pula Hisyam yang sudah berumahtangga. Dia disambar oleh cinta pandang pertama setelah bertemu Sofia ketika dia baru tiba di England untuk meneruskan pengajiannya.

Namun Sofia terpaksa pulang ke Kuala Lumpur atas permintaan Dr. Luqman yang sedang sakit. Kepulangannya ke Kuala Lumpur menemukan dia dengan Idham yang membawanya ke Sarawak untuk berjumpa dengan Sopian dan Dayan. Sopian mahu Idham dan Sofia disatukan! Apa kena mengenanya Sopian dalam hidup Sofia? Suka atau tidak segala persiapan perkahwinan sudahpun diatur.

Dalam kekalutan itu, Haikal hadir bagaikan rahmat dalam hidup Sofia. Apakah kesudahannya? Siapakah mereka ini dalam hidup Sofia? Temui mereka dalam DAMAI KASIHKU...

Terbitan Alaf 21
Jum. m/surat : 460
Harga : RM18.00


*********

Favourite Quotes ...

"Hatred paralyzes life; love releases it.
Hatred confuses life; love harmonizes it.
Hatred darkens life; love illuminates it."
~ Martin Luther King, Jr. ~

"Beauty is not in the face;
beauty is a light in the heart ..."
~ Kahlil Gibran ~

"True friends are like diamonds;
they are rare, come in different shapes,
colours and sizes, one thing for sure
they are unique, valuable
and always shine ..."
~ Iris Ixora ~

Suara hatiku....

Bila rindu bertamu
hati kita diragut pilu
kita jadi keliru.

Bila rindu kembali bertamu
kita cari wajah yang dirindu
kita seru nama itu
namun semakin jauh dia berlalu
bersembunyi di sebalik awan kelabu.

Bila rindu terus bertamu
kita jejaki kenangan lalu
kita dendangkan puisi-puisi pilu
Kita nyanyikan lagu lagu sendu
ratap dan tangis datang bertalu.

Biarkanlah rindu itu bertamu
kerana rindu itu kehidupan
rindu itu santapan
rindu itu harapan
rindu itu kekuatan
rindu itu juga kebahagiaan.



My crying soul...

(Specially dedicated to my beloved parents and godparents. Al-Faatihah.)

I woke up…
You have gone
Leaving my heart with thorns
Tearing my soul, I mourn.

My heart bleeds and pleads:
“Oh, Mighty God,
Please do not make me deaf
before I could answer your voices;
Please do not make me dumb
before I could say, ‘yes, I do love you’;
Please do not make me lame
before I could run into your arms;
Please do not make me blind
before I could see into your eyes.”

But...
You have gone,
You have passed on!
And your love stays on.
Day by day
Deeper and deeper
I miss you more than ever
In my crying soul
You live forever.

Click to read my poems on www.poemhunter.com

Favourite song :

May It be by Enya

The song of my heart :

Layu Sebelum Berkembang

My favourite childhood song:

Enjet Enjet Semut


Cahaya hidupku...

Eli, Matt & Ben



Ayu dan Azrul


Daniel Areef, buah hati mamatok



Tiwonerepo Nthala, 13 years old.
Our lovely sponsored child from Kayezi, Malawi since 6 years ago.



Sooty, my sweet darling...

************

Rakan Penulis ....

Aida Adriani
Aisya Sofea
Aleya Aneesa
Anis Ayuni
Ayu Emelda
Bikash Nur Idris
Damya Hanna
Dr HM Tuah
Dhiya Zafira
Diari Alya
Durrah Fatiha
Eka Fahara
Eyman Hykal
Hani Fazuha
Hezzy Azra
Laila Kamilia
Lily Haslina Nasir
Lily Suriani
Liza Zahira
Lynn Dayana
Meen Zulaikha
Mersik
Murni Aqila
Nia Azalea
Rose Harissa
Ryana Adrina
Shanika Latisya
Sri Diah
Umi Azrini
Zara Juita

Berkunjung Mesra ...

A...
Abang Long
Aishah
along79
ayong
C...
cappuccino
crayzeex
CT delima
D...
Dapur Melayu
F...
farahkaltz
faryza
G...
Geng Kicap
Ghiya
H...
Hajar
Harry
Hannan
I...
ieyra
intan
J...
jhazkitaro
K...
Kasih
Kelab Peminat Alaf 21
khairunnisa
kirana
kruel
kuncOp
L...
ladyeena
Lily
Liyana
M...
makchique
mama Danishaqim
masz
mimieloma
MsCinderella
Muzri
N...
nal3sa
Nani
Nekcun
Nonnie
Nur
P...
Pu3 ilya
Q...
Qistina
R...
Reen
Rinn's
rizhan_zinzan
Rya
W...
Web Sutera
Witty Angel
Z...
Ziekiera



Berita Semasa...

Utusan Malaysia
Berita Harian
BBC News
Daily Mail UK






If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



 
Friday, August 07, 2009
Ambil angin
Cuti musim panas di Istanbul tahun ini agak panjang. Sekolah bercuti dari akhir Jun sehingga akhir September. Jalanraya agak lapang dan inilah waktu yang paling seronok untuk keluar berjalan-jalan di kawasan kota-kota lama walaupun tidak sunyi daripada para pelancong.

Baru-baru ini aku sempat keluar dari Istanbul. Kali ini ke Kavala Greece. Kota ke-dua terbesar terletak di utara Greece. Kedudukannya di Selat Kavala bertentangan dengan Pulau Thasos menjadikan Kavala tumpuan pelancong pada musim panas. Kota Kavala wujud sejak 6 BC dan peninggalan sejarah Bizantin masih kelihatan di sana sini.













Sekitar bandar Kavala yang agak sunyi kerana hari masih siang. Kebanyakan penduduk dan para pelancong keluar selepas jam 5 petang untuk jalan-jalan dan cari makan. Makanan yang paling popular ialah ikan bakar yang segar kerana kapal-kapal nelayan berlabuh dekat dengan bandar.


Terusan air dan kampung-kampung lama di Kavala


Yang paling menarik ialah perjalanan ke sempadan Greece. Selama ini aku tidak tahu bahawa Turki merupakan pengeluar minyak bunga matahari yang agak besar di sekitar Mediteranean. Sepanjang perjalanan lebih 100 km, hanya kelihatan ladang bunga matahari yang waktu itu sedang mekar. Lihatlah lautan bunga matahari ini....







Sekali lagi aku teruja dengan suatu fenomena yang menakjubkan di bumi Turki ini...


Posted at 06:48 am by irisixora

iris ixora
August 12, 2009   10:22 AM PDT
 
salam mazni, pada akak Turki mmg byk tempat2 yang cantek lagi bersejarah...Alhamdulillah dapat juga akak tengok walaupun tak sampai 30% sebenarnya....
mazni
August 12, 2009   05:29 AM PDT
 
salam K.Iris,

cantek sgt la kak tempat ni...
terutama lautan bunga matahari tu.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry