Istanbul sekarang...



Kuala Lumpur sekarang...




IRIS... IXORA ...




... novelis yang baru merangkak.
Jika salah boleh betulkan.
Kalau silap harap tunjukkan.
Andai jatuh tolong bangunkan.
Terima kasih atas segalanya.

Emel : irisixora@yahoo.com

Renungan bersama...
Mengkritik tidak bererti menentang
Menyetujui tidak semesti menyokong
Menegur tidak bermakna membenci
Mengasihani tidak bermaksud mencintai...



Bicara Mesra ...
   

<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31


Hasil nukilan...

(2008)
Siapa kata lelaki tidak setia? Siapa menduga pangkat dan darjat bukan ukuran? Malah kasih sayang yang main peranan. Begitulah kasih Dilara terhadap Orhan dan cinta Orhan terhadap Dilara lalu Selat Bosphorus menjadi saksi...

Kasih sayang Orhan terhadap adiknya Ebru yang kurang bernasib baik tidak boleh diputuskan! Sedang Ebru memerlukan perhatian Orhan sepenuh masa, Nesye ditakdirkan hadir dalam hidup mereka. Kasih dan sayang Orhan hanya satu, apa lagi cintanya. Hanya SATU! Mampukah Orhan membelah-bahagikan cinta serta kasih sayangnya antara mereka? Anehnya, Orhan tetap menunggu sehingga cintanya dengan kasih Dilara bersatu...Tapi sampai bila dan bagaimana???

Apakah Dilara, gadis sunti itu sanggup menunggu cinta Orhan sehingga ke akhir hayatnya? Sedang babanya memaksa dia menamatkan zaman gadisnya dengan Umut demi maruah keluarga mereka. Tetapi Farouk tidak boleh berdiam diri. Dia ada hak ke atas Dilara! Biar berkerat rotan berpatah arang, dia tidak akan biarkan Dilara merana!!!

Dilara merenung jauh ke Selat Bosphorus...ribuan camar sedang berterbangan. Baginya hidup ini bagaikan camar-camar itu. Ada yang datang dan ada yang pergi. Bila dan ketika? Hanya masa yang tersurat dan tersirat sejak azali menentukan segalanya… Bersatukah kasih Dilara dengan cinta Orhan? Carilah jawapannya dalam CAMAR YANG PERGI.....

Terbitan Alaf 21
Jum. m/surat : 500
Harga : RM19.90

(2007)
Damai Kasihku mengisahkan perjalanan hidup Sofia yang terumbang ambing setelah kematian mama dan kekasihnya, Kamal. Dia membawa hati ke rumah Jasmin dan Mike di England. Di situ dia diperkenalkan pada Robert yang membungakan seribu satu kisah cinta yang mencabar kalbu dan kekuatan jasmani. Ironinya Natasya menyimpan kehangatan cintanya pada Robert.

Dalam pada itu muncul pula Hisyam yang sudah berumahtangga. Dia disambar oleh cinta pandang pertama setelah bertemu Sofia ketika dia baru tiba di England untuk meneruskan pengajiannya.

Namun Sofia terpaksa pulang ke Kuala Lumpur atas permintaan Dr. Luqman yang sedang sakit. Kepulangannya ke Kuala Lumpur menemukan dia dengan Idham yang membawanya ke Sarawak untuk berjumpa dengan Sopian dan Dayan. Sopian mahu Idham dan Sofia disatukan! Apa kena mengenanya Sopian dalam hidup Sofia? Suka atau tidak segala persiapan perkahwinan sudahpun diatur.

Dalam kekalutan itu, Haikal hadir bagaikan rahmat dalam hidup Sofia. Apakah kesudahannya? Siapakah mereka ini dalam hidup Sofia? Temui mereka dalam DAMAI KASIHKU...

Terbitan Alaf 21
Jum. m/surat : 460
Harga : RM18.00


*********

Favourite Quotes ...

"Hatred paralyzes life; love releases it.
Hatred confuses life; love harmonizes it.
Hatred darkens life; love illuminates it."
~ Martin Luther King, Jr. ~

"Beauty is not in the face;
beauty is a light in the heart ..."
~ Kahlil Gibran ~

"True friends are like diamonds;
they are rare, come in different shapes,
colours and sizes, one thing for sure
they are unique, valuable
and always shine ..."
~ Iris Ixora ~

Suara hatiku....

Bila rindu bertamu
hati kita diragut pilu
kita jadi keliru.

Bila rindu kembali bertamu
kita cari wajah yang dirindu
kita seru nama itu
namun semakin jauh dia berlalu
bersembunyi di sebalik awan kelabu.

Bila rindu terus bertamu
kita jejaki kenangan lalu
kita dendangkan puisi-puisi pilu
Kita nyanyikan lagu lagu sendu
ratap dan tangis datang bertalu.

Biarkanlah rindu itu bertamu
kerana rindu itu kehidupan
rindu itu santapan
rindu itu harapan
rindu itu kekuatan
rindu itu juga kebahagiaan.



My crying soul...

(Specially dedicated to my beloved parents and godparents. Al-Faatihah.)

I woke up…
You have gone
Leaving my heart with thorns
Tearing my soul, I mourn.

My heart bleeds and pleads:
“Oh, Mighty God,
Please do not make me deaf
before I could answer your voices;
Please do not make me dumb
before I could say, ‘yes, I do love you’;
Please do not make me lame
before I could run into your arms;
Please do not make me blind
before I could see into your eyes.”

But...
You have gone,
You have passed on!
And your love stays on.
Day by day
Deeper and deeper
I miss you more than ever
In my crying soul
You live forever.

Click to read my poems on www.poemhunter.com

Favourite song :

May It be by Enya

The song of my heart :

Layu Sebelum Berkembang

My favourite childhood song:

Enjet Enjet Semut


************

Rakan Penulis ....

Aida Adriani
Aisya Sofea
Aleya Aneesa
Anis Ayuni
Ayu Emelda
Bikash Nur Idris
Damya Hanna
Dr HM Tuah
Dhiya Zafira
Diari Alya
Durrah Fatiha
Eka Fahara
Eyman Hykal
Hani Fazuha
Hezzy Azra
Laila Kamilia
Lily Haslina Nasir
Lily Suriani
Liza Zahira
Lynn Dayana
Meen Zulaikha
Mersik
Murni Aqila
Nia Azalea
Rose Harissa
Ryana Adrina
Shanika Latisya
Sri Diah
Umi Azrini
Zara Juita

Berkunjung Mesra ...

A...
Abang Long
Aishah
along79
ayong
C...
cappuccino
crayzeex
CT delima
D...
Dapur Melayu
F...
farahkaltz
faryza
G...
Geng Kicap
Ghiya
H...
Hajar
Harry
Hannan
I...
ieyra
intan
J...
jhazkitaro
K...
Kasih
Kelab Peminat Alaf 21
khairunnisa
kirana
kruel
kuncOp
L...
ladyeena
Lily
Liyana
M...
makchique
mama Danishaqim
masz
mimieloma
MsCinderella
Muzri
N...
nal3sa
Nani
Nekcun
Nonnie
Nur
P...
Pu3 ilya
Q...
Qistina
R...
Reen
Rinn's
rizhan_zinzan
Rya
W...
Web Sutera
Witty Angel
Z...
Ziekiera



Berita Semasa...

Utusan Malaysia
Berita Harian
BBC News
Daily Mail UK






If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


 
Thursday, July 09, 2009
ILHAM HATI - Damya Hanna
Buat semua pembaca dan penggemar novel Alaf21, inilah buah tangan terkini daripada Damya Hanna...



RIAN sama sekali tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Namun, itulah yang terjadi apabila dia terjaga pada suatu hari. Kemunculan Hanif yang diperkenalkan sebagai suaminya amat mengejutkan sedangkan dia sama sekali tidak mengenali siapa lelaki itu.

Retrograde amnesia! Sejenis gangguan terhadap memori selepas berlakunya sesuatu trauma. Itu kata doktor yang merawatnya setelah dia terbabit dalam satu nahas jalan raya. Itulah juga punca dia tidak mampu mengenali suami sendiri. Lantaran keliru dengan apa yang berlaku, Rian nekad mahu mencari jawapan.

Penemuan sebuah jurnal hitam akhirnya berjaya menemukan jawapan. Sayang seribu kali sayang, di saat perasaan kasihnya mula bertunas, dia dikecewakan. Hanif ternyata berdendam atas apa yang pernah berlaku seolah-olah tidak mahu Rian wujud dalam hidupnya. Lantas, apa perlunya Rian membina kenangan lalu jika sekadar untuk dimusnahkan oleh lelaki itu? Adilkah dia dihukum sedemikian rupa?

*Dipetik daripada blog penulis*

Selamat Membaca.

Posted at 07:26 am by irisixora
Make a comment  

 
Monday, July 06, 2009
...MAMA...
(Buat mereka yang masih punya mama)

Mama melahirkan kita sambil menangis kesakitan. Masihkah kita menyakitkannya?
Masih mampukah kita tertawa melihat penderitaannya?
Mencaci makinya? Melawannya?
Memukulnya? Mengacuhkannya?
Meninggalkannya?

Mama tidak pernah mengeluh membersihkan kotoran kita waktu masih kecil,
bercengkang mata waktu kita bayi,
Mencuci celana kotor kita,
Menahan derita,
Menggendung kita dan...dan...dan...

Di saat mamamu tidur, cuba kamu lihat matanya dan bayangkan matanya takkan terbuka untuk selamanya.. tangannya tak dapat hapuskan airmatamu dan tiada lagi nasihat yang sering kita abaikan.. bayangkan mamamu sudah tiada... Apakah kamu cukup membahagiakannya. Apakah kamu pernah berfikir betapa besar pengorbanannya semenjak kamu berada di dalam perutnya... Kirimlah pesan ini pada semua.... itupun kalau kamu sayang pada mamamu dan mahu mengingatkan teman-teman serta anak-anakmu.

Aku sentiasa mengingatkan diriku bahawa lima aturan sederhana untuk menjadi bahagia:

1. Membebaskan hatiku dari rasa benci.
2. Membebaskan fikiranku dari segala kekuatiran.
3. Hidup dengan sederhana.
4. Lebih banyak memberi..
5. Jangan terlalu banyak mengharap.

Di dunia ini jarang benar ada anak yang mahu mati demi MAMA, tetapi hanya MAMA yang bersedia mati untuk melahirkan kita… Justru jika kamu masih punya mama, bersyukur dan berbahagialah ...

Buatku, biarpun semakin dimamah usia, namun aku masih menangis kerana aku sudah tidak punya mama biarpun hanya untuk memegang tangan mereka atau melihat sinar dari dalam mata mereka........

Moga roh kedua-dua mamaku aman dan sejahtera di alam sana...AMIIN. AMIIN. AMIIN.

Posted at 04:32 pm by irisixora
Make a comment  

 
Friday, June 19, 2009
SIAPALAH AKU TANPA MU???
Alhamdulillah kerana aku memiliki seorang ibu dan seorang emak....Ibu yang melahirkan dan emak yang membesarkan aku. Rasa bertuah ini tidak datang sekelip mata tetapi semakin lama aku hidup semakin aku mengerti betapa kasih kedua-duanya; jika ditimbang sama berat, jika diukur sama panjang....

Tahun ini awal-awal lagi aku merancang untuk kembali berhari raya di tanah air bersama-sama keluarga dan menghabiskan masa bersama emak. Tidak sabar rasanya supaya hari cepat berganti namun pada tanggal 17 Julai jam 11.00 pagi waktu Malaysia, emak menyahut panggilan ILLAHI setelah beberapa tahun sakit tua.

Saat itu aku menangis semahunya. Dunia jadi gelap dengan tiba-tiba. Jantungku seakan terungkai dari tangkainya. Rasa pilu meragut kalbu. Aku segera membuat persiapan mahu terbang pulang hari itu juga tetapi setelah aku dinasihatkan oleh ahli keluargaku supaya menangguhkan kepulanganku kerana wabak 'swine-flu', aku terpaksa akur. Lalu aku berkurung bertemankan lautan airmata. Namun airmata ini tidak bisa mengembalikan emak yang bersusah payah membesarkan dan menyekolahkan aku. Emak yang mengajar aku erti kesusahan serta kepayahan....

Subuh tadi aku tersedar dan batinku menjerit hiba: OH EMAK...SIAPALAH AKU TANPAMU???

Kini aku hanya mampu berdoa : Moga roh arwah emak aman dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amiin. Amiin. Amiiin.

Terima kasih buat anak saudaraku, Suria serta suami dan mereka yang menguruskan segala-galanya bagi pihakku serta saudara-mara lain yang jauh. Terima kasih juga atas segala ucapan takziah yang dikirimkan. Budi, jasa dan ingatan kalian tidak terbalas...


Posted at 08:58 am by irisixora
Comments (4)  

 
Tuesday, June 09, 2009
Aku Mahu Putih Dia Mahu Hitam
Sekarang Istanbul sudah masuk musim panas. Semalam dan hari ini suhu mencecah 31 darjah selsius. Kebanyakan kekawanku sudah mula terbang mencari udara dingin ke negara-negara Eropah dan ada juga ke Amerika. Aku masih lagi tersengih-sengih di bumi Istanbul. Beg pakaianku sudah separuh berisi. Ke mana agaknya aku kali ini, belum pasti. Tunggu lampu hijau daripada laling tetapi lampunya masih jingga sejak minggu lepas...

Apapun, kekawanku yang masih lagi belum pasti ke mana akan terbang sudah mula berjemur di sekitar kolam renang terutama wanita-wanita Turki. Mereka mahu kulit mereka hitam! Aku memang tidak gemar berjemur. Bila hawa semakin panas kalau keluar, mesti mahu pakai baju lengan panjang. Kononya takut kulit jadi garing hehehe... Lalingku sudah tegur, katanya kulitku semakin sawo matang! Dia meminta supaya aku rajin berjemur supaya makin sawo kulitku yang sudah matang. "Manis," katanya lagi. Di dalam hatiku....huhuuuu

Di kaunter-kaunter kecantikan di sekitar Istanbul pasti ada 'tanning' losyen. Bedakpun mesti ada 'tanning' effect! Ada juga yang sanggup ke solarium untuk jadi gelap. Berbeza dengan wanita Asia yang mesti mencari 'whitening' effect. Bagi orang kita, makin putih makin cantik, makin gebu dan makin mahal. Tetapi bagi mereka di Eropah terutamanya, makin gelap makin kaya, makin tinggi darjat dan makin menawan...

Aku teringat ketika membeli ikan di England dan sedang asyik menunggu ikan dibersihkan, seorang wanita Inggeris yang sedang menunggu giliran sempat menyapa, "Baru balik dari bercuti ya?"
Aku menggelengkan kepala. "Tidak."
"Tapi kulit you tampak gelap."
Aku memandang wanita sambil tersenyum. "Kulit saya memang warnanya macam ni."
"Beruntungnya. Tidak macam kulit saya," kata wanita itu sayu sambil memandang tangannya yang pucat lesi.
Senyumku semakin panjang...


Antara kekawanku yang pelbagai 'warna'....

Posted at 07:41 pm by irisixora
Make a comment  

 
Tuesday, May 26, 2009
A story to share
One day, when I was a freshman in high school,

I saw a kid from my class was walking home from school.

His name was Kyle.

It looked like he was carrying all of his books.

I thought to myself, 'Why would anyone bring home all his books on a Friday?

He must really be a nerd.'

I had quite a weekend planned (parties and a football game with my friends tomorrow afternoon), so I shrugged my shoulders and went on.

As I was walking, I saw a bunch of kids running toward him.

They ran at him, knocking all his books out of his arms and tripping him so he landed in the dirt.

His glasses went flying, and I saw them land in the grass about ten feet from him

He looked up and I saw this terrible sadness in his eyes

My heart went out to him. So, I jogged over to him as he crawled around looking for his glasses, and I saw a tear in his eye..

As I handed him his glasses, I said, 'Those guys are jerks. '

They really should get lives.

' He looked at me and said, 'Hey thanks!'

There was a big smile on his face.

It was one of those smiles that showed real gratitude.

I helped him pick up his books, and asked him where he lived.

As it turned out, he lived near me, so I asked him why I had never seen him before.

He said he ha d gone to private school before now.

I would have never hung out with a private school kid before.

We talked all the way home, and I carried some of his books

He turned out to be a pretty cool kid.

I asked him if he wanted to play a little football with my friends

He said yes.

We hung out all weekend and the more I got to know Kyle, the more I liked him, and my friends thought the same of him.

Monday morning came, and there was Kyle with the huge stack of books again.

I stopped him and said, 'Boy, you are gonna really build some serious muscles with this pile of books everyday!

' He just laughed and handed me half the books.

Over the next four years, Kyle and I became best friends.

When we were seniors we began to think about college.

Kyle decided on Georgetown and I was going to Duke.

I knew that we would always be friends, that the miles would never be a problem.

He was going to be a doctor and I was going for business on a football scholarship.

Kyle was valedictorian of our class.

I teased him all the time about being a nerd.

He had to prepare a speech for graduation.

I was so glad it wasn't me having to get up there and speak

Graduation day, I saw Kyle.

He looked great.

He was one of those guys that really found himself during high school.

He filled out and actually looked good in glasses.

He had more dates than I had and all the girls loved him.

Boy, sometimes I was jealous!
Today was one of those days.

I could see that he was nervous about his speech.

So, I smacked him on the back and said, 'Hey, big guy, you'll be great!'

He looked at me with one of those looks (the really grateful one) and smiled.

' Thanks,' he said.

As he started his speech, he cleared his throat, and began

'Graduation is a time to thank those who helped you make it through those tough years.

Your parents, your teachers, your siblings, maybe a coach...but mostly your friends.....

I am here to tell all of you tha t being a friend to someone is the best gift you can give them.

I am going to tell you a story.'

I just looked at my friend with disbelief as he told the story of the first day we met.

He had planned to kill himself over the weekend..

He talked of how he had cleaned out his locker so his Mom wouldn't have to do it later and was carrying his stuff home.

He looked hard at me and gave me a little smile.

'Thankfully, I was saved.My friend saved me from doing the unspeakable.'

I heard the gasp go through the crowd as this handsome, popular boy told us all about his weakest moment.

I saw his Mom and dad looking at me and smiling that same grateful smile.

Not until that moment did I realize it's depth.

Never underestimate the power of your actions.

With one small gesture you can change a person's life.

For better or for worse...



'Friends are angels who lift us to our feet when our wings have trouble remembering how to fly.'

There is no beginning or end.

Yesterday is history.

Tomorrow is a mystery.

Today is a gift.


A very special thanks to ALL my friends out there...


Posted at 09:31 pm by irisixora
Comments (2)  

 
Monday, May 18, 2009
Always Follow Your Dreams
Today I would love to share a meaningful email which I got from my loved one....

And here it goes...

There were once 2 brothers who lived on the 80th level. On coming home one day, they realized to their dismay that the lifts were not working and that they have to climb the stairs home.

After struggling to the 20th level, panting and tired, they decided to abandon their bags and come back for them the next day. They left their bags then and climbed on. When they have struggled to the 40th level, the younger brother started to grumble and both of them began to quarrel. They continued to climb the flights of steps, quarreling all the way to the 60th floor.

They then realized that they have only 20 levels more to climb and decided to stop quarreling and continue climbing in peace. They silently climbed on and reached their home at long last. Each stood calmly before the door and waited for the other to open the door.

And they realized that the key was in their bags which was left on the 20th floor

This story is reflecting on our life...many of us live under the expectations of our parents, teachers and friends when young. We seldom get to do the things that we really like and love and are under so much pressure and stress so that by the age of 20, we get tired and decided to dump this load.

Being free of the stress and pressure, we work enthusiastically and dream ambitious wishes.

But by the time we reach 40 years old, we start to lose our vision and dreams. We began to feel unsatisfied and start to complain and criticize. We live life as a misery as we are never satisfied. Reaching 60, we realize that we have little left for complaining anymore, and we began to walk the final episode in peace and calmness.

We think that there is nothing left to disappoint us, only to realize that we could not rest in peace because we have an unfulfilled dream ...... a dream we abandoned 60 years ago.

So what is your dream? Follow your dreams, so that you will not live with regrets.

And part of the these dreams are made possible with the help of our excellent teachers.
Thank you to ALL Teachers and A VERY HAPPY TEACHERS DAY.

Posted at 09:12 pm by irisixora
Comments (2)  

 
Saturday, May 16, 2009
Award
Waah, hari ni aku dapat award. Lama dah tak dapat award, jadi bila dapat rasa hepi dan bertuah kerana terpilih. Mekasih Faryza. Here's my BIG KISS AND HUGE HUG...MMMMUUUAAAH. Btw, you makin 'sweet' sejak akhir-akhir ni. Jaga diri ya...

Jeng-jeng jeeeeng.....inilah 'award'nya

Posted at 10:27 am by irisixora
Comments (6)  

 
Friday, May 08, 2009
Buat Ibu-Ibu


Sesungguhnya kasih ibu membawa ke syurga.

Al- Fatihah buat arwah Bondaku serta semua ibu yang sudah kembali ke rahmatullah.. Moga roh mereka aman di sana...Amin. Amin. Amin.

Khusus buat Puteriku Ayu....Pasti dikaulah ibu yang paling bahagia di maya ini seperti mamamu...Salam kasih daripada mama.

Posted at 03:16 pm by irisixora
Comments (4)  

 
Tuesday, May 05, 2009
Buah Tangan Terbaru Anis Ayuni
Jutaan tahniah Anis Ayuni atas novel terbaru... SUNGGUH AKU CINTA...



Sinopsis

Tidak pernah terlintas di fikiran Maira yang janji setia Azhan terhadapnya akan sirna. Kasih yang diharap meneduh dan melindunginya terhenti apabila Azhan memilih untuk menikahi Sofia. Meskipun bukan pintanya hal itu terjadi, namun Maira harus mendepani takdir. Tidak dibiarkan diri lemas tenggelam dalam lautan kecewa, Maira bangkit dengan kekuatan semangat yang masih bersisa untuk membangunkan kembali sebuah kehidupan.

Tekad Fajar tidak mahu memikirkan soal cinta selagi puncak Kalla Pattar belum dapat ditawan akhirnya lebur apabila dia bertemu dengan Maira. Kali pertama bertentang mata, hatinya sudah ditusuk panah cinta. Namun hati si dia bagaikan tidak terusik dengan aura cintanya. Salam kasihnya dibiarkan sepi tanpa peduli.

Pertemuan demi pertemuan meyakinkan Fajar bahawa ALLAH telah menyuratkan jodohnya dengan Maira. Lalu dia terus memburu, menggempur dan akhirnya berjaya menawan hati Maira. Dilamun cinta nan indah, Fajar dengan Maira menyulam impian untuk hidup bersama di alam rumah tangga.

Rasa kesal melepaskan kilauan sebutir permata yang menjebak hati Azhan membuatkan dia bertekad untuk mengambil Maira kembali, sekalipun dia tahu tangannya pasti akan tertusuk duri. Dijaja rasa hati yang tidak bahagia untuk meraih simpati, sedangkan bagi Maira sama ada Azhan berbahagia, sudah tunggang-terbalik atau telungkup rumah tangganya, dia peduli apa. Azhan bukannya kahwin paksa, sebaliknya dia berkahwin dengan wanita pilihan hati. Bukan setakat nanar, tetapi dia menjadi separuh gila selagi dia tidak mengahwini Sofia. Kesudahannya ...

Buat peminat Anis Ayuni dan para pembaca Selamat Membaca....
Posted at 07:43 pm by irisixora
Comments (2)  

 
Sunday, April 26, 2009
Musim Bunga di Netherlands - Bhgn 1


Musim bunga kali ini aku berkesempatan ke Netherlands (negara pertama yang inginku jejaki semenjak aku di sekolah rendah lagi) bersama Elif, salah seorang sahabat baikku dari Istanbul. Percutian ini hanyalah 4 hari 3 malam di Amsterdam. Memang sudah lama aku mengidam untuk menyaksikan lautan tulip dan hycinth di Keukenhof, dikenali juga sebagai Garden of Europe yang terletak di Selatan Holland. Tambahan pula tahun ini adalah ulangtahun ke 60 bagi taman tersebut.



Tiba di Schiphol Airport yang 15 kaki bawah paras laut dan sepanjang perjalanan ke Central Station di tengah-tengah Amsterdam, tidak kelihatan sekuntum bunga tulip pun. Aku agak kecewa. Oleh kerana pada keesukkan hari baru kami akan ke Keukenhof, maka pada hari kami sampai, kami sempat mengadakan city tour.





Dari Rijksmuseum, ke Diamond Exhibition kemudian kami terus ke Van Gogh museum dengan menaiki tram, pengangkutan utama di bandar ini. Selepas itu kami bergegas ke pengkalan untuk mengikuti canal cruise mengelilingi bandar Amsterdam sebelum ke Anne Frank House - Rumah tempat Anne Frank bersembunyi selama 2 tahun daripada diburu oleh anti Yahudi dan di situ dia menulis diarinya. Waktu itu umurnya baru 13 tahun. Terasa sayu sebaik sahaja meninggalkan rumah itu. Namun penat masih tidak terasa. Selepas makan malam di salah sebuah restoran Sepanyol, perlahan-lahan kami menikmati angin malam yang sejuk sambil menyusuri sepanjang terusan sebelum balik ke hotel.



Antara pemandangan di sepanjang terusan di Amsterdam

Esuknya merupakan 'highlight of the tour' iaitu ke Keukenhof. Taman seluas 70 ekar yang dipenuhi dengan 7 juta bunga-bunga tulip dan juga bunga-bunga liar. Musim bunga di Netherlands sangat pendek. Bermula akhir bulan Mac sehingga akhir bulan Mei. Ketika inilah para pelancong bersesak-sesak. Perjalanan yang memakan masa setengah jam keluar dari bandar Amsterdam sungguh mengujakan. Aku seperti rusa masuk kampung dan tidak henti-henti menangkap gambar. Netherlands yang bermaksud 'tanah di bawah paras laut' ini amat unik. Terusan-terusan lama yang bina sejak kurun ke 17 masih ujud dan kincir-kincir angin kelihatan dari jauh. Kebanyakannya sudah tidak berfungsi tetapi masih tegap dan itulah antara tarikan pelancong ke negara ini.




Ketika asyik menikmati panorama di kiri kanan jalan, pemandu pelancong mengarahkan kami memandang ke sebelah kanan. Kelihatan jalur-jalur pelbagai warna. Rupa-rupanya itulah padang tulip! Cantik sungguh seperti jalur-jalur pelangi yang terbentang luas. Lidahku kelu seketika...Mimpi jadi nyata untuk melihat lautan tulip. Alhamdulillah...




Tidak lama selepas itu kami tiba di Keukenhof. Ramainya manusia tidak terkata dari seluruh pelusuk dunia yang cintakan bunga termasuklah Iris Ixora....




Di sini kami disajikan dengan lebih 1000 jenis tulip, bunga-bunga hutan dan juga landskap yang sangat cantik. 6 jam di taman ini terasa begitu pantas berlalu..




Antara jenis-jenis bunga tulip yang terdapat di Keukenhof...





Selain tulip terdapat juga ribuan hycinth (gambar di bawah: pink dan putih) yang sungguh harum dan amaryllis (gambar : pelbagai warna)



Sebelum aku akhiri entri bahagian pertama musim bunga di Netherlands ini, aku ingin abadikan bunga-bunga hutan yang terdapat di sekitar Keukenhof...





Bagiku musim bunga lambang kebangkitan dan kesegaran dalam kehidupan. Ketika ini alam dicalit dengan warna-warni dalam pelbagai rupa dan bentuk yang maha indah ciptaan TUHAN untuk manusia nikmati selepas penantian yang panjang sewaktu musim sejuk...

Posted at 03:20 pm by irisixora
Comments (6)  

Previous Page Next Page