Istanbul sekarang...



Kuala Lumpur sekarang...




IRIS... IXORA ...




... novelis yang baru merangkak.
Jika salah boleh betulkan.
Kalau silap harap tunjukkan.
Andai jatuh tolong bangunkan.
Terima kasih atas segalanya.

Emel : irisixora@yahoo.com

Renungan bersama...
Mengkritik tidak bererti menentang
Menyetujui tidak semesti menyokong
Menegur tidak bermakna membenci
Mengasihani tidak bermaksud mencintai...



Bicara Mesra ...
   

<< September 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30


Hasil nukilan...

(2008)
Siapa kata lelaki tidak setia? Siapa menduga pangkat dan darjat bukan ukuran? Malah kasih sayang yang main peranan. Begitulah kasih Dilara terhadap Orhan dan cinta Orhan terhadap Dilara lalu Selat Bosphorus menjadi saksi...

Kasih sayang Orhan terhadap adiknya Ebru yang kurang bernasib baik tidak boleh diputuskan! Sedang Ebru memerlukan perhatian Orhan sepenuh masa, Nesye ditakdirkan hadir dalam hidup mereka. Kasih dan sayang Orhan hanya satu, apa lagi cintanya. Hanya SATU! Mampukah Orhan membelah-bahagikan cinta serta kasih sayangnya antara mereka? Anehnya, Orhan tetap menunggu sehingga cintanya dengan kasih Dilara bersatu...Tapi sampai bila dan bagaimana???

Apakah Dilara, gadis sunti itu sanggup menunggu cinta Orhan sehingga ke akhir hayatnya? Sedang babanya memaksa dia menamatkan zaman gadisnya dengan Umut demi maruah keluarga mereka. Tetapi Farouk tidak boleh berdiam diri. Dia ada hak ke atas Dilara! Biar berkerat rotan berpatah arang, dia tidak akan biarkan Dilara merana!!!

Dilara merenung jauh ke Selat Bosphorus...ribuan camar sedang berterbangan. Baginya hidup ini bagaikan camar-camar itu. Ada yang datang dan ada yang pergi. Bila dan ketika? Hanya masa yang tersurat dan tersirat sejak azali menentukan segalanya… Bersatukah kasih Dilara dengan cinta Orhan? Carilah jawapannya dalam CAMAR YANG PERGI.....

Terbitan Alaf 21
Jum. m/surat : 500
Harga : RM19.90

(2007)
Damai Kasihku mengisahkan perjalanan hidup Sofia yang terumbang ambing setelah kematian mama dan kekasihnya, Kamal. Dia membawa hati ke rumah Jasmin dan Mike di England. Di situ dia diperkenalkan pada Robert yang membungakan seribu satu kisah cinta yang mencabar kalbu dan kekuatan jasmani. Ironinya Natasya menyimpan kehangatan cintanya pada Robert.

Dalam pada itu muncul pula Hisyam yang sudah berumahtangga. Dia disambar oleh cinta pandang pertama setelah bertemu Sofia ketika dia baru tiba di England untuk meneruskan pengajiannya.

Namun Sofia terpaksa pulang ke Kuala Lumpur atas permintaan Dr. Luqman yang sedang sakit. Kepulangannya ke Kuala Lumpur menemukan dia dengan Idham yang membawanya ke Sarawak untuk berjumpa dengan Sopian dan Dayan. Sopian mahu Idham dan Sofia disatukan! Apa kena mengenanya Sopian dalam hidup Sofia? Suka atau tidak segala persiapan perkahwinan sudahpun diatur.

Dalam kekalutan itu, Haikal hadir bagaikan rahmat dalam hidup Sofia. Apakah kesudahannya? Siapakah mereka ini dalam hidup Sofia? Temui mereka dalam DAMAI KASIHKU...

Terbitan Alaf 21
Jum. m/surat : 460
Harga : RM18.00


*********

Favourite Quotes ...

"Hatred paralyzes life; love releases it.
Hatred confuses life; love harmonizes it.
Hatred darkens life; love illuminates it."
~ Martin Luther King, Jr. ~

"Beauty is not in the face;
beauty is a light in the heart ..."
~ Kahlil Gibran ~

"True friends are like diamonds;
they are rare, come in different shapes,
colours and sizes, one thing for sure
they are unique, valuable
and always shine ..."
~ Iris Ixora ~

Suara hatiku....

Bila rindu bertamu
hati kita diragut pilu
kita jadi keliru.

Bila rindu kembali bertamu
kita cari wajah yang dirindu
kita seru nama itu
namun semakin jauh dia berlalu
bersembunyi di sebalik awan kelabu.

Bila rindu terus bertamu
kita jejaki kenangan lalu
kita dendangkan puisi-puisi pilu
Kita nyanyikan lagu lagu sendu
ratap dan tangis datang bertalu.

Biarkanlah rindu itu bertamu
kerana rindu itu kehidupan
rindu itu santapan
rindu itu harapan
rindu itu kekuatan
rindu itu juga kebahagiaan.



My crying soul...

(Specially dedicated to my beloved parents and godparents. Al-Faatihah.)

I woke up…
You have gone
Leaving my heart with thorns
Tearing my soul, I mourn.

My heart bleeds and pleads:
“Oh, Mighty God,
Please do not make me deaf
before I could answer your voices;
Please do not make me dumb
before I could say, ‘yes, I do love you’;
Please do not make me lame
before I could run into your arms;
Please do not make me blind
before I could see into your eyes.”

But...
You have gone,
You have passed on!
And your love stays on.
Day by day
Deeper and deeper
I miss you more than ever
In my crying soul
You live forever.

Click to read my poems on www.poemhunter.com

Favourite song :

May It be by Enya

The song of my heart :

Layu Sebelum Berkembang

My favourite childhood song:

Enjet Enjet Semut


************

Rakan Penulis ....

Aida Adriani
Aisya Sofea
Aleya Aneesa
Anis Ayuni
Ayu Emelda
Bikash Nur Idris
Damya Hanna
Dr HM Tuah
Dhiya Zafira
Diari Alya
Durrah Fatiha
Eka Fahara
Eyman Hykal
Hani Fazuha
Hezzy Azra
Laila Kamilia
Lily Haslina Nasir
Lily Suriani
Liza Zahira
Lynn Dayana
Meen Zulaikha
Mersik
Murni Aqila
Nia Azalea
Rose Harissa
Ryana Adrina
Shanika Latisya
Sri Diah
Umi Azrini
Zara Juita

Berkunjung Mesra ...

A...
Abang Long
Aishah
along79
ayong
C...
cappuccino
crayzeex
CT delima
D...
Dapur Melayu
F...
farahkaltz
faryza
G...
Geng Kicap
Ghiya
H...
Hajar
Harry
Hannan
I...
ieyra
intan
J...
jhazkitaro
K...
Kasih
Kelab Peminat Alaf 21
khairunnisa
kirana
kruel
kuncOp
L...
ladyeena
Lily
Liyana
M...
makchique
mama Danishaqim
masz
mimieloma
MsCinderella
Muzri
N...
nal3sa
Nani
Nekcun
Nonnie
Nur
P...
Pu3 ilya
Q...
Qistina
R...
Reen
Rinn's
rizhan_zinzan
Rya
W...
Web Sutera
Witty Angel
Z...
Ziekiera



Berita Semasa...

Utusan Malaysia
Berita Harian
BBC News
Daily Mail UK






If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


 
Saturday, September 12, 2009
Ampun dan Maaf dipinta...
Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua yang menyambut Hari Raya Aidil Fitri. 'Iyi bayramlar,' kata orang Turki. Di sini mereka tidak panggil Aidil Fitri tapi Syeker Bayram, bermaksud Hari Raya Manisan/Gula-gula. Jadi kalau di supermarket, rata-rata kita boleh lihat timbunan kotak-kotak coklat dan berguni-guni gula-gula yang mengandungi pelbagai rupa, warna, bentuk dan rasa. Mereka akan beli dan simpan banyak-banyak di rumah untuk diberikan kepada sahabat-handai dan kanak-kanak yang datang berhari raya atau ketika mereka pergi berkunjugan.

Buat semua, terimalah kad raya Kak Iris untuk tahun ini ...


sumber: http://supermarkie.deviantart.com/art/Hari-Raya-Card-Design-24010667

Ini kad raya dari temanku, Mimieloma...terima kasih Mimie.



Posted at 01:28 pm by irisixora
Comments (2)  

 
Thursday, September 10, 2009
Gerimis Rindu
Jutaan tahniah buat teman penulis Meen Zulaikha yang baru saja melahirkan novel ketiga beliau bertajuk Gerimis Rindu...



Sinopsis:

AILANI dibesarkan oleh neneknya dengan penuh kemanjaan dan kemewahan. Apa sahaja yang diingini akan dipenuhi. Akibatnya, dia menjadi liar dan gemar berlumba kereta haram. Tragedi bermula apabila Ailani terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan neneknya terbunuh. Seluruh keluarga menyalahkannya atas kejadian itu. Pertelingkahan ini menyebabkan Ailani menjadi pelarian.

Atas desakan hidup, dia menjadi pemandu teksi limousin airport. Biarpun jiwa mudanya memberontak, namun semuanya terpaksa dilakukan untuk menyara diri. Konfl ik terus berlaku bila Ailani menjadi pemandu peribadi Dato’ Rahim. Dia rasa terhina dengan sikap dingin dan sinikal Fatimi, anak lelaki tokoh korporat itu.

Di mata Fatimi pula, gadis ego seperti Ailani hanya berniat untuk mengikis kekayaan ayahnya dengan terbongkarnya rahsia sekeping cek. Dia makin rasa tercabar bila gadis itu dilantik pula sebagai pembantu khas ayahnya. Bagi Fatimi, Ailani mesti dihalang. Lalu dia merencanakan sesuatu. Ailani pula sudah bersedia untuk menghadapi tindakan Fatimi. Kini, barulah bertemu buku dengan ruas!

Buat peminat novel, selamat membaca dan untuk Meen Zulaikha, moga terus sukses

Posted at 02:10 pm by irisixora
Comments (3)  

 
Tuesday, September 01, 2009
SPICE BAZAAR
Baru-baru ini aku berkesempatan ke Spice Bazaar untuk mencari buah tangan yang boleh kubawa pulang nanti. Spice Bazaar terletak berhampiran dengan pengkalan Eminonu dan juga Masjid Baru, di Istanbul. Bagi orang Turki, bazaar ini dikenali sebagai Eyptian Bazaar. Melalui lorong-lorong kecil yang terdapat di bahagian belakang bazaar ini, kita boleh tembus ke Grand Bazaar.

Perbezaan ketara antara Spice Bazaar dengan Grand Bazaar ialah barang-barang yang sama di Grand Bazaar lebih mahal harganya berbanding dengan di Spice Bazaar. Grand Bazaar juga lebih luas, besar, 'grand' dan menjadi tumpuan para pelancong asing manakala Spice Bazaar merupakan tempat untuk para penduduk tempatan berurusniaga bagi keperluan harian mereka.

Setiap kali jika ada tetamu luar negeri datang, aku pasti membawa mereka ke kedua-dua bazaar ini. Malah aku sendiri pun seronok jika ada kesempatan untuk ke sana. Selalunya aku akan menaiki tram dari Kabatas ke Eminonu. Lebih mudah dan lancar perjalanannya. Kali ini aku sempat merakamkan beberapa keping gambar sewaktu ke Spice Bazaar.

Inilah antara gambar-gambar tersebut....


Restoran terapung di pengkalan Eminonu yang menyediakan makanan laut.

Bahagian hadapan Masjid Baru di Eminonu


Pemandangan dalam bazaar...




























Posted at 06:23 pm by irisixora
Comments (10)  

 
Sunday, August 30, 2009
Berkibarlah Jalur Gemilangku



Hip hip hore
hip hip horee
hip hip horeee....
Dengan megah jalur gemilangku berkibar
Berkibar dan teruslah berkibar dengan gahnya
Biar namamu terus dijulang di mata dunia.

Hip hip hore
hip hip horee
hip hip horeee....
Jalur gemilangku tidak henti berkibar
Lambang negaraku terus makmur
Terus indah di persada dunia.

Hip hip hore
hip hip horee
hip hip horeee....
MERDEKA! MERDEKAA!! MERDEKAAA!
Aku bertepuk megah
Semegah jalur gemilangku berkibar
Kerana aku bernaung di bawah kibaranmu.


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA.
TANAHAIRKU TERCINTA
Posted at 05:15 pm by irisixora
Make a comment  

 
Thursday, August 27, 2009
PUISI CINTA - Kahlil Gibran
CINTA yang AGUNG adalah
Ketika kau menitiskan air mata
dan MASIH peduli terhadapnya.
Ketika dia tidak mempedulikanmu
tetapi kamu MASIH
menunggunya dengan setia..
Ketika dia mulai mencintai orang lain
tetapi kamu MASIH bisa tersenyum dan berkata,
‘Aku turut berbahagia untukmu.’

Apabila cinta tidak berhasil…
BEBASKAN dirimu…
Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya
dan terbang ke alam bebas SEMULA ..
Ingatlah…bahwa kamu mungkin menemukan cinta
dan kehilangannya.
Tetapi ketika cinta itu mati
kamu TIDAK perlu mati bersamanya.

Orang yang paling kuat
BUKAN mereka yang selalu menang.
TETAPI mereka yang tetap teguh ketika
mereka jatuh.


Nota: Barangkali puisi ini mampu memberi makna dan kekuatan buat kita dan mereka...

Posted at 09:20 pm by irisixora
Comments (5)  

 
Sunday, August 16, 2009
Salam Ramadhan Al-Mubarak
Selamat berpuasa buat semua. Moga kita diberi-NYA kekuatan rohani dan jasmani untuk menjalani ibadah puasa pada bulan yang penuh dengan keberkatan ini.

Pada semua, Kak Iris mohon berbanyak maaf jika ada salah dan silap...

Salam manis selalu.

Posted at 03:03 pm by irisixora
Comments (4)  

 
Wednesday, August 12, 2009
AWARD DARIPADA MIMIE
Gembiranya bila Mimie tinggalkan pesanan di ruangan Bicara Mesra yang aku dapat award. Lama jugak tak dapat award ... seronok pulak rasanya. Terima kasih ya Mimie...MMUUUAHH.

Aku pun nak kasi jugak award ni ...

Istimewa buat semua blogger yang sudi mengunjungi teratakku ini, silalah ambil award ni dan aku pasti akan membalas kunjungan kalian. InsyaALLAH.





Salam manis dariku buat semua.

Posted at 08:40 pm by irisixora
Make a comment  

 
Monday, August 10, 2009
UCAPKAN KAU RINDU
Jutaan taniah buat buat Murni Aqila. Moga terus sukses.



Inilah ringkasan Ucapkan Kau Rindu....

Hati Lailana berbunga rindu kala Adham meluahkan rasa cintanya. Itulah saatnya roboh benteng perasaan gadis itu yang selama ini menyimpan amarah terhadap insan bergelar lelaki. Seiring restu keluarga, mereka mula menganyam impian untuk hidup bersama.

Entah mengapa, menghampiri hari bahagia yang dinanti, Lailana mula menjauhkan diri. Dia sengaja menjalin kasih dengan Irfan. Walhal, dia sedar hati Adham pasti tercalar. Tidak sanggup berhadapan dengan kemarahan keluarga akibat tindakannya itu, Lailana nekad untuk menghilangkan diri.

Adham terkedu dengan segala yang terjadi. Di saat dia cuba mencari jawapan, keluarga Lailana menyerahkan sepucuk warkah yang merungkai segala rahsia silam gadis itu. Coretan kebenaran itu mendorong dia menjejaki Lailana agar kembali kepadanya. Namun, ke manakah harus dia mencari cintanya yang telah hilang?

Harungilah rindu Adham terhadap Lailana...Selamat Membaca.

P/S : Buat teman-teman penulis, jika ada buah tangan terbaru, beritakanlah dalam ruanganku 'Bicara Mesra...' agar boleh aku war-warkan di sini. Terima kasih dan moga kita terus diberiNYA kejayaan...

Posted at 06:43 am by irisixora
Make a comment  

 
Friday, August 07, 2009
Ambil angin
Cuti musim panas di Istanbul tahun ini agak panjang. Sekolah bercuti dari akhir Jun sehingga akhir September. Jalanraya agak lapang dan inilah waktu yang paling seronok untuk keluar berjalan-jalan di kawasan kota-kota lama walaupun tidak sunyi daripada para pelancong.

Baru-baru ini aku sempat keluar dari Istanbul. Kali ini ke Kavala Greece. Kota ke-dua terbesar terletak di utara Greece. Kedudukannya di Selat Kavala bertentangan dengan Pulau Thasos menjadikan Kavala tumpuan pelancong pada musim panas. Kota Kavala wujud sejak 6 BC dan peninggalan sejarah Bizantin masih kelihatan di sana sini.













Sekitar bandar Kavala yang agak sunyi kerana hari masih siang. Kebanyakan penduduk dan para pelancong keluar selepas jam 5 petang untuk jalan-jalan dan cari makan. Makanan yang paling popular ialah ikan bakar yang segar kerana kapal-kapal nelayan berlabuh dekat dengan bandar.


Terusan air dan kampung-kampung lama di Kavala


Yang paling menarik ialah perjalanan ke sempadan Greece. Selama ini aku tidak tahu bahawa Turki merupakan pengeluar minyak bunga matahari yang agak besar di sekitar Mediteranean. Sepanjang perjalanan lebih 100 km, hanya kelihatan ladang bunga matahari yang waktu itu sedang mekar. Lihatlah lautan bunga matahari ini....







Sekali lagi aku teruja dengan suatu fenomena yang menakjubkan di bumi Turki ini...


Posted at 06:48 am by irisixora
Comments (2)  

 
Sunday, July 26, 2009
Antara senyum dan airmata wanita



Seorang teman meminta aku memberikan pendapat tentang kenyataan berikut :

"Tangisan wanita lebih bertenaga dari senyumnya." Betul atau salah.

Tersenyum aku membaca kenyataan itu.

Jawapanku : Apapun kenyataan itu amat subjektif - terpulang pada keadaan kerana tangisan wanita punya pelbagai interpretasi.

Adakalanya tangisan wanita memberi kekuatan, melepaskan perasaan, membujuk diri, kecewa atau gembira. Tidak kurang juga tangisan itu melambangkan kelemahan pada sesetengah wanita. Tangisan boleh jadi senjata yang amat berguna dalam pelbagai keadaan. Kerana itulah TUHAN mencipta airmata untuk manusia terutama buat wanita.

Pada masa yang sama kekadang senyuman itu lebih bertenaga kerana gembira, terpaksa, membujuk atau menyindir.

Apapun padaku : jika wanita menangis tanpa airmata - lebih berbahaya dan kekuatannya amat luar biasa. Dan jika mereka senyum kerana terpaksa kekadang penuh racun berbisa atau mungkin terkandung sejuta rahsia. Sudah tentu kita tidak lupa pada senyuman MONALISA...



Oleh itu awas dengan tangisan dan senyuman wanita...

Apapun jika teman-teman di luar sana punya pandangan yang berbeza, silalah kongsi bersama.

Posted at 08:06 pm by irisixora
Comments (2)  

Next Page