|
Seorang teman meminta aku memberikan pendapat tentang kenyataan berikut : "Tangisan wanita lebih bertenaga dari senyumnya." Betul atau salah. Tersenyum aku membaca kenyataan itu. Jawapanku : Apapun kenyataan itu amat subjektif - terpulang pada keadaan kerana tangisan wanita punya pelbagai interpretasi. Adakalanya tangisan wanita memberi kekuatan, melepaskan perasaan, membujuk diri, kecewa atau gembira. Tidak kurang juga tangisan itu melambangkan kelemahan pada sesetengah wanita. Tangisan boleh jadi senjata yang amat berguna dalam pelbagai keadaan. Kerana itulah TUHAN mencipta airmata untuk manusia terutama buat wanita. Pada masa yang sama kekadang senyuman itu lebih bertenaga kerana gembira, terpaksa, membujuk atau menyindir. Apapun padaku : jika wanita menangis tanpa airmata - lebih berbahaya dan kekuatannya amat luar biasa. Dan jika mereka senyum kerana terpaksa kekadang penuh racun berbisa atau mungkin terkandung sejuta rahsia. Sudah tentu kita tidak lupa pada senyuman MONALISA... ![]() Oleh itu awas dengan tangisan dan senyuman wanita... Apapun jika teman-teman di luar sana punya pandangan yang berbeza, silalah kongsi bersama. |
| iris ixora July 29, 2009 07:12 AM PDT salam cute78....hmmm kalau boleh simpanlah airmata yg berharga itu utk lelaki yg benar2 mencintai dan sanggup berkorban utk kita....moga cute sabar hadapi dugaan hidup ini.... | ||
| cute78 July 28, 2009 09:34 AM PDT salam kak iris. sy selalu baca n3 akak. kali ni rasa nak komen. sy menangis krn byk sebab tp paling x tahan bila lelaki mempermainkan sy!!! macam mane nak tahan? | ||
| Leave a Comment: |