|
Cuti musim panas di Istanbul tahun ini agak panjang. Sekolah bercuti dari akhir Jun sehingga akhir September. Jalanraya agak lapang dan inilah waktu yang paling seronok untuk keluar berjalan-jalan di kawasan kota-kota lama walaupun tidak sunyi daripada para pelancong.
Sekitar bandar Kavala yang agak sunyi kerana hari masih siang. Kebanyakan penduduk dan para pelancong keluar selepas jam 5 petang untuk jalan-jalan dan cari makan. Makanan yang paling popular ialah ikan bakar yang segar kerana kapal-kapal nelayan berlabuh dekat dengan bandar.
![]() Terusan air dan kampung-kampung lama di Kavala Yang paling menarik ialah perjalanan ke sempadan Greece. Selama ini aku tidak tahu bahawa Turki merupakan pengeluar minyak bunga matahari yang agak besar di sekitar Mediteranean. Sepanjang perjalanan lebih 100 km, hanya kelihatan ladang bunga matahari yang waktu itu sedang mekar. Lihatlah lautan bunga matahari ini.... |
| iris ixora August 12, 2009 10:22 AM PDT salam mazni, pada akak Turki mmg byk tempat2 yang cantek lagi bersejarah...Alhamdulillah dapat juga akak tengok walaupun tak sampai 30% sebenarnya.... | ||
| mazni August 12, 2009 05:29 AM PDT salam K.Iris, cantek sgt la kak tempat ni... terutama lautan bunga matahari tu. | ||
| Leave a Comment: |