Entry: SPICE BAZAAR Tuesday, September 01, 2009

Baru-baru ini aku berkesempatan ke Spice Bazaar untuk mencari buah tangan yang boleh kubawa pulang nanti. Spice Bazaar terletak berhampiran dengan pengkalan Eminonu dan juga Masjid Baru, di Istanbul. Bagi orang Turki, bazaar ini dikenali sebagai Eyptian Bazaar. Melalui lorong-lorong kecil yang terdapat di bahagian belakang bazaar ini, kita boleh tembus ke Grand Bazaar.

Perbezaan ketara antara Spice Bazaar dengan Grand Bazaar ialah barang-barang yang sama di Grand Bazaar lebih mahal harganya berbanding dengan di Spice Bazaar. Grand Bazaar juga lebih luas, besar, 'grand' dan menjadi tumpuan para pelancong asing manakala Spice Bazaar merupakan tempat untuk para penduduk tempatan berurusniaga bagi keperluan harian mereka.

Setiap kali jika ada tetamu luar negeri datang, aku pasti membawa mereka ke kedua-dua bazaar ini. Malah aku sendiri pun seronok jika ada kesempatan untuk ke sana. Selalunya aku akan menaiki tram dari Kabatas ke Eminonu. Lebih mudah dan lancar perjalanannya. Kali ini aku sempat merakamkan beberapa keping gambar sewaktu ke Spice Bazaar.

Inilah antara gambar-gambar tersebut....


Restoran terapung di pengkalan Eminonu yang menyediakan makanan laut.

Bahagian hadapan Masjid Baru di Eminonu


Pemandangan dalam bazaar...




























   10 comments

iris ixora
November 14, 2009   04:34 AM PST
 
hahaha...nampaknya dua beg besar ni tak cukup...akak dah emel my contact no...so feel free to contact me yer...slmt bsopping.
cappuccino
November 14, 2009   02:59 AM PST
 
hihii thnx akak..tak berani nk janji la kak..sbb kami p ne ngan rombongan cik kiah heheh..tapi kami stay kat Fors Hotel, Piyerloti Cad. Hamam Sk. No.10 , Beyazit...16-20/11..hihii siap copy lg address tuu..target mmg nk gi shpg sakan ne...
iris ixora
November 13, 2009   03:47 AM PST
 
faridah, I memang dah belikan puuuun...cuma ari tu kita tak sempat jumpa...nanti balik sekali lagi kita mesti jumpa ok...
iris ixora
November 13, 2009   03:46 AM PST
 
cappuccino, hosgeldeniz Istanbulda... ...Itu fish Restoran...not bad. Cruise mesti naik. Yang pukul 10.00 from Eminonu or 10.50 fr Besiktas. kalau you sempat jemput ke rumah ye pada hari Rabu ni...hari lain dah fully booked hehehe....Let me know.
faridah
November 13, 2009   01:44 AM PST
 
kak jah..
chantek2nyer pinggan tu..belikan saya satu...huhuhu..(buat muka tak malu nie..)...hihihi..
cappuccino
November 12, 2009   04:13 PM PST
 
kak iris..heaven nyer istanbul!!!spice bazar ngan grand bazar tu mmg dlm list kami ne heheh..dh ready dh dua beg besar kosong utk memborong hehehe..restoran terapung tu ok x?nmpk cam menarik..kami p isnin-jumaat..byk masa nk ronda2 ne...kalo sempat nk naik cruise gak..
iris ixora
September 13, 2009   05:37 AM PDT
 
salam meen, ku tunggu kedatanganmu ke sini lagi....
Meen Zulaikha
September 12, 2009   06:16 PM PDT
 
Salam iris. Huhu.. tetiba ku jadi rindu dgn Istanbul.
iris ixora
September 3, 2009   08:01 AM PDT
 
salam mazni, mmg best kurma2 tu tp mahal sikit bila tukar duit kita...akak alhamdulillah. insyaallah kalau ada rezeki...
mazni
September 3, 2009   05:07 AM PDT
 
salam K.Iris,

Sehat??Bestnya tgok kurma2 tu....
wah!! tahun ni balik beraya di Mesia ke kak? ke setiap tahun wajib balik ke sini? hehehe...
baguslah tu....

visit my blog : http://maznipunye@blogspot.com

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments