Entry: Gerimis Rindu Thursday, September 10, 2009

Jutaan tahniah buat teman penulis Meen Zulaikha yang baru saja melahirkan novel ketiga beliau bertajuk Gerimis Rindu...



Sinopsis:

AILANI dibesarkan oleh neneknya dengan penuh kemanjaan dan kemewahan. Apa sahaja yang diingini akan dipenuhi. Akibatnya, dia menjadi liar dan gemar berlumba kereta haram. Tragedi bermula apabila Ailani terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan neneknya terbunuh. Seluruh keluarga menyalahkannya atas kejadian itu. Pertelingkahan ini menyebabkan Ailani menjadi pelarian.

Atas desakan hidup, dia menjadi pemandu teksi limousin airport. Biarpun jiwa mudanya memberontak, namun semuanya terpaksa dilakukan untuk menyara diri. Konfl ik terus berlaku bila Ailani menjadi pemandu peribadi Dato’ Rahim. Dia rasa terhina dengan sikap dingin dan sinikal Fatimi, anak lelaki tokoh korporat itu.

Di mata Fatimi pula, gadis ego seperti Ailani hanya berniat untuk mengikis kekayaan ayahnya dengan terbongkarnya rahsia sekeping cek. Dia makin rasa tercabar bila gadis itu dilantik pula sebagai pembantu khas ayahnya. Bagi Fatimi, Ailani mesti dihalang. Lalu dia merencanakan sesuatu. Ailani pula sudah bersedia untuk menghadapi tindakan Fatimi. Kini, barulah bertemu buku dengan ruas!

Buat peminat novel, selamat membaca dan untuk Meen Zulaikha, moga terus sukses

   2 comments

iris ixora
September 13, 2009   05:32 AM PDT
 
salal meen...sama-sama. tahniah ye atas kelahiran anak ke-tiga. i doakan you teruuus berjaya....
Meen Zulaikha
September 12, 2009   06:19 PM PDT
 
Salam iris. T/kasih sudi tlg war-warkan di sini.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments